Jul 31, 2009

KHAYAL


Tengok tu.


Redupkan matanya?


Tapi cukup buat aku tersenyum.


Eh kamu!


Aku sudah bilang tadi bukan?


Jangan senyum.


Nanti aku yang terlanggar tiang.


Aduh!


Eh tak. Tak sakit la awak.


Sikit je.


Indahnya.. Tersenyum lagi aku malam ni....

Jul 24, 2009

kalau ada kereta jangan ada aku

Apa agaknya dosa aku di kehidupan lalu?
Sampai aku dibelenggu dengan sumpahan ini.
Arghh!!
Tipu. Semua ni kebetulan je kan? Takkan la aku ni suwey kot?
Aku tak pecayalah semua ni.
Tolonglah sesapa bagi tau aku yang semua ni bukan satu sumpahan tapi kebetulan yang amat pahit untuk ditelan.
Ahh. Mengeluh lagi. Tak baik la.

Keta kakak, keta sewa, keta Bapakku, keta aya, keta Angah (kakak Intan)
Dan yang terbaru sekali ialah.. keta abang ipar aku.

Malaslah aku macam ni.
Lepas ni kalau suruh aku bawak keta sesapa or nak tumpangkan aku,
cakap dulu ape pantang-larangnya kereta masing-masing.
Contohnya, kena ON lama-lama dulu ke, meter rosak ke, jaga temperature or jangan pasang air-con, or jangan buka tingkap atau bateri kereta kalian weak.
Tak lupa juga ye, alarm memasing ade problem ke.
Sekurang-kurangnya cakap kat aku,

“ Atun/ Art, (sila isi nama yang sesuai) meter ni rosak . Jangan lupa isi minyak tau.”
Bukan apa, adalah sakit jiwa raga aku kalau tiba-tiba keta mati di tengah/tepi jalan dan orang yang lalu-lalang melambai-lambai seolah-olah aku memang tengah bersuka-ria kat tepi jalan.

Uh. Aku memang muka tebal. Sebab tu aku tak malu bila stranded kat Duta. Dan bila terpaksa tolak kereta kat traffic light depan Jusco Wangsa Maju.
Dan bila terpaksa bermalam di Ipoh masa balik CNY itu hari.

Tapi yang kesiannya,
Tuan punya keta mesti rasa tak best kan?
Kalau aku ade je, mesti ada apa-apa yang akan berlaku.

*sigh*
Mengeluh je keja.
Marah ni. Aku marah dengan diri sendiri.
Sampai aku terfikir nak mandi bunga.

cuba melihat dengan akal






Lewat petang itu, mindaku dipaksa bekerja keras. Selama ni tak ke? Bekerja keras juga. Cuma situasinya berbeza. Jika selama ini aku sering dikelilingi rakan-rakanku yang rata-rata semuanya masih bergelar pelajar undang-undang atau yang sedang menjalani latihan dalam kamar, maka corak perbualan kami masih di dalam bulatan yang sama. Dan cara kami melihat sesuatu isu itu masih di bawah ruang lingkup akal yang selari. Berbeza cuma pendapatnya saja. Namun tidaklah terpesong jauh. Kiranya bau-bau bacang la.


Selama ini aku jarang berbual dengan pakcik (or abang kot?) pemandu teksi. Bukanlah bermakna aku ini memandang rendah kepada mereka. Sumpah. Tidak sama sekali. Cuma aku ni amatlah susah membuka mulut (kecuali tatkala bersama rerakan).Jadi, sudah menjadi tabiat aku untuk mengelamun atau membiarkan minda aku menerawang sambil menikmati kesepian dalam teksi. Tapi kadang-kadang aku pulak terlebih ramah. Contohnya ketika MJ baru meninggal. Penangannya turut dirasa oleh pacik teksi. (mungkin sebab waktu tu radio pulak memutarkan ‘You are not alone’). Sesuai dengan mood memasing.


Lupakan pasal MJ. Dia dah pergi. Kita yang tinggal perlu teruskan hidup. Aish. Aku tak suka bila dah start melalut. Sebenarnya aku nak cakap. Tak semua yang kerja kerani, pemandu teksi, bas itu atau yang kerja tanpa memiliki kelulusan universiti (sijil, diploma, ijazah) itu TIDAK PANDAI. Aku tau hakikat itu. Tapi sejauh mana aku percaya? Bukan apa, pernah aku berbual2 dengan kawan sekolahku yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Dan aku setuju bahawa kami masih boleh berkomunikasi dengan baik namun, ada kalanya skop perbualannya tidak selari dengan topik yang aku utarakan. Tak apa. Tak ada yang salahnya. Tolong jangan salah tafsir aku ya! Persekitaran harian membentuk diri kita jugak kan? Tapi aku memang sayangkan kawan-kawan aku. Dengan sapa pun aku kawan. Janji hati baik. (sebab ada jugak belajar sampai Master tapi mentalitinya? ….alahai).


Berbalik kepada Pakcik teksi. Aku jumpa dia sebab aku dengan seorang sahabat nak pulang ke UIA from W.maju.Ya. Memang aku ni suka merayau kat area tu. Dah xde keta, guna je la pengangkutan awam yang ada kan? Ditakdirkan, pakcik ni memulakan perbualan dengan soalan klise.


“Tahun berapa dik?” Aku menjawab “ Tahun 4”.

Pakcik tu terdiam agak lama. Kemudian dia mula bertanyakan soalan yang aku tak sangka akan terpacul dari mulutnya.
“ Pakcik ada 1 soalan. Dalam Akta Keterangan 1950 ( Evidence Act 1950 la! Jgn buat2 x paham), apakah definisi ‘dokumen’?


Aku terkejut. Eh? Lantas aku jenguk muka dia dari cermin depan, kot2 la lecturer Evidence aku, Dr. Muzaffar tu menyamar jd taxi driver plak ke. Oh. Bukan dia. Aku menarik nafas panjang dan mula menjawab. (aku malas nak menulis jawapan aku di sini). Nyaris-nyaris aku cakap kat pakcik tu, “Pakcik, kalau x pecaya, sekarang saya ada bawak EA 1950. In case pakcik nak proof kan?”. Bukanlah aku ni law-student yg-freak- yet –gorgeous sampai selalu usung statutes ke mana-mana. Kebetulan ja semua ni. Pastu pakcik tu mula cerita pasal dia ni ada masalah berhubung kait dengan harta pusaka tokwan dia. Biasalah tu kata aku. Bapa2 saudaranya yang lain nak challenge the validity of the document yang didakwa telah di tanda tangani oleh his late tokwan. Dia siap recommend buku untuk aku baca tau! Ok la. Aku mengaku. Aku agak kagum dengan pakcik ni. Dia siap cite 1 decided case lagi untuk support argument dia though, de tak ingat nama case tu. Tapi effort tetap ada. Tu yang penting.


Aku agak pening ketika itu. Dan mungkin juga aku belum bersedia nak berhujah dengan dia. Waktu agak tak sesuai bagi aku. Ish. Camna nak jadi lawyer nih? Macam- macam lagi dia borak dengan aku dan Intan sepanjang perjalanan tu. Tapi ayat dia yang aku paling tak boleh lupa ialah (lebih kurang camni bunyinya) “ adik, adik kena banyak baca tau. Baru boleh berhujah dengan baik”.


Aduh! Pening……


p/s: Rupanya aku ni masih dalam kategori kurang membaca ke?
Pedih..pedih..


Aku tetap kagum dengan pakcik tu sebab sebelum aku keluar dari teksi, aku nampak ada 1 buku bertajuk PANDUAN MEMPELAJARI BAHASA INGGERIS terselit kat tempat duduk depan. Ok. Patutlah.

Jul 14, 2009

Seorang pemerhati yang memerhati (akulah tu)

Dengan di iringi lagu nyanyian Rod Stewart yang bertajuk I Don’t Want To Talk About It, aku menjadi bersemangat untuk menulis entri ini. Aku tau lagu tersebut agak jiwang di kala ini (sebenarnya aku pun baru sedar lagu ni ada dlm laptop aku, lantas mencipta 1 folder yg bertajuk Lovey Dovey bersama2 dengan lagu2 lain yg agak jiwang juga).

Sabtu (110709) lbh kurang pkl 9.50 pagi, aku dan Bapakku (yg otai itu) memulakan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 4-5jam (tu yg plg lambat) dari Penang to KL. Perasaan aku? Sangatlah gembira. Aku sangat gembira dapat jumpa anak buah aku yang dua orang tu Lya dan Eiman. Confirm la Eiman tu makin nakal. Tapi takpe dia cepat mintak maaf cium tangan orang after buli orang tu. Dan aku juga sedang berkobar-kobar semangatnya untuk mengharungi musim pengajianku buat kali terakhir (Insya Allah kalau di izinkanNya hujung tahun ni grad lah aku. Yeahoo!) Memang saya sangat bersemangat dan gementar untuk memulakan sem baru ni. Aha.

Dalam kereta aku hanya merenung keadaan trafik (Bapakku yang drive).Aku rasa dia masih nervous nak naik keta kalau aku yang drive. Macamlah tak penah naik dengan aku? Sambil sekali-sekala berbual dan bercakap mengenai beberapa isu, aku melihat lebuh raya yang agak lengang. Lengang? Aku tipu. Lebuhraya taklah selengang yang di sangka. Ish, ramai la pulak yang berjalan2 di hari Sabtu. Kenduri banyak kot, ujar aku.

Agaknya Bapakku makan sikit ja pagi tadi, dia cakap dia lapar dan nak berenti di hentian Sg. Juru (memang sekentut ja baru gerak pun, dok dalam Penang lagi tu). Aku tak kisah. Kalau berenti aku makan, kalau tak berenti nanti dia akan berenti gak kat tempat lain. Elok-elok ja turun, aku berlari ke toilet. Oh. Tak perlu tulis rupanya. Dan menyertai Bapakku di meja makan. Aku hanya memesan Nescafe Tarik 1 dan itu je. Malas nak makan, sebelum keluar tadi aku dah melantak roti telur sekeping. Sepatutnya aku pilih tempat yang strategik, tapi apakan daya dia dah pilih kat 1 corner yang dipenuhi mat-mat motor. (konvoi diorang ni). Tah dari mana nak kemana. Takkan aku nak tanya. Asap rokok? Selambe je lah masuk mulut aku. Aku ni perokok sekunder. Rata-rata kat situ lelaki, aku je yang sesat. Sambil menarik muka masam dan menghirup asap rokok mereka, aku tegar meneguk Nescafe Tarik ku. Aku rasa mat-mat motor ni mesti banyak duit. Yelah nak jalan jauh2. Bukan nya naik motor kapcai je (tu mat rempit namanya, beza banyak kasta tu). Pulak tu baju sorang2. Pehh!! Dah macam baju angkasawan tu. Jaket tebal. Pastu ada apetah lagi diorang pakai. Aku pon tak tau nak sebut. Sroottt. Srrroooooootttt. Nescafe aku masih berbaki. Panas wo dan aku memang tegar nak habiskan. Lebih kurang 20 minit, perjalanan diteruskan.

Hujan pulak turun dengan agak lebat. Nasib baik la Bapakku punya spek yang powerful. Dia nampak je apa yang aku tak berapa nampak. Kesian kan? Tau-tau je lah kalau hujan. Jalan memang licin punya lah. Maka aku dapatlah menyaksikan beberapa siri kemalangan. Siri tau. Bukan satu kereta ja yang terlibat. Masa tu aku rasa dah dekat area Bukit Gantang, sambil membetulkan radio yang dah mula hilang2 siarannya, kami tersangkut dalam jam. Eh? Macam balik raya pulak. Kenderaan bergerak seperti siput dan aku mencari2 apakah puncanya. Mesti ada accident ni, kata aku. Gerak punya gerak, jalan punya jalan tetiba Bapakku nampak 1 kereta yang terlibat dalam kenderaan tengah menunggu untuk ditunda. Aik? Tu kan keta Toksu? Oh. Jiran sekampung rupanya. Maka, Bapakku pun memberhentikan keta. Tunggu dalam keta. Takyah kuaq! Lor. Aku baru je nak bukak pintu. Takleh rupanya. Apa-apa je lah. Aku termanggu sendirian. Aku tengok ade la 6 orang dalam kereta tu. 3 dewasa dan 3 kekanak. Borak punya borak, cakap lebih kurang lalu lori penunda pun suruh diorang pegi makan kenduri dulu pastu baru pegi balai. Oh. Diorang nak pegi kenduri kat Ipoh rupanya.Tapi tetiba terlibat dalam 1 insiden langgar- melanggar secara berturut sebanyak 12 biji kereta dan diorang ni keta last sekali. Dan Bapakku yang baik hati (dan Otai itu) mempelawa mereka naik kereta hingga ke tol Jelapang yang boleh tahan dekatnya. Sebab ade sedara mara diorang tunggu situ. Muat ke keta Bapakku? Memang muat. Bapakku baru beli Alphard Mafia kan? Tapi aku hampir tersepit bontot ku.

Setelah menurunkan mereka di tol yang berkenaan, kami meminta diri dulu la.Memandangkan dah pukul brapa da, Bapakku cakap kita stop makan and semayang kat Tapah la. Okey. Makan memang takde masalah. Tapi masalahnya ialah nak semayang. Pusing punya pusing rupanya PLUS tengah repair surau pompuan. Ade surau gantinya tapi jauh mak aii… macam dari rumah aku ke rumah Paktam. Kesian aku tengok makcik2 dan nenek2 tua yang terpaksa berjalan jauh nak gi semayang. Hapa la PLUS ni? Walau pun ni nenek orang lain sian gak la kan? Seb baik bukan Tok aku. Kalau tak memang aku kensel semayang kat sini. Pas semayang dan TIDAK berbedak aku pun gi makan. Rupanya Bapakku dah siap semayang dan tengah tunggu aku yang lembap.Aku tak makan nasik tau. Aku makan Mee Kari. Konon2 nak diet la. Sekali Mee Kari tu minyak de sikit punya banyak. (banyak la tu).

Lalu perjalanan pun diteruskan lagi. Macam lama je kan? Jauh sangat ke Penang – KL? Takde la sejauh Nevada ke New York. Tapi cuaca tak berapa baik sebab hujan lebat dan jalan pulak licin so Bapakku tak dapat memecut Mafianya. Eh? Ada lagi eksiden la. Kali ni aku memanjangkan leher ku sebab nak tengok kot2 ade sesapa yang dikenali terlibat. Mana la tau. Kot2 ada artis mana2 ke, bleh la tumpangkan. Keta banyak kosong kan? Tapi kali ini aku memang tak kenal muka2 mangsa lalu aku hanya memandang dari jauh dan berkata dalam hati “ Kesian. Tapi jgn gelakkan orang. Nnt orang pulak gelakkan kita”. Memang aku tak gelak. Gila apa nak gelak kat orang eksiden?

Erm. Jauh dah perjalanan ni, tak sampai2 lagi ke? Aku dah bosan dok lama2 ni. Dah la Bapakku tak bagi bwk. Katanya dia tak mengantuk. Memang. Aku yang banyak menguap dari dia. Dipendekkan cerita, lebih kurang pkl 4 pm kami pun terjengul kat pintu rumah akak aku. Aik? Budak2 hilang? Oh. Diorang kuar dengan Umi dan Abah rupanya. Mak aku pulak tengah minum Nescafe sambil menonton cerita Hindustan kat TV3. (Kemain dia bila Bapakku takde). Pastu aku pun menyambar remote dan menonton cerita favorite aku dan Mak ku iaitu Halimah Jongang. Ehe. Best tau cita tu. Lagi best dari cita aku ni.
Ada lagi sebenarnya aku nak sambung cita tapi nanti lah…..buat masa sekarang,

HALIMAH JONGANGGGG!!!! (ala-ala Edie Hamid gitu).

Jul 7, 2009

jangan paksa aku berada dalam SITUASI seperti itu lagi

Tengahari tadi, lebih kurang 12.30 pm aku dan Bapakku masih mencari2 tempat makan untuk mengisi perut. Lantas, aku diberi pilihan (pilih atau mati! kinda thing) samada nak mkn tempat yg selalu or tempat yg tak selalu. Lalu aku memilih untuk memilih untuk makan di tempat yang tak selalu. Bosan kan kalo asyik makan di tempat yg selalu kita makan tu?



Lalu, setelah selesai urusan dengan tukang baiki komputer (yang berlangsung dlm masa 2minit je) dan setelah merayau2 selama sejam di kedai yang kita x sebut namanya tu, maka kami pun bertolak untuk mengisi perut di tempat yang di pilih oleh ku.


Sampai pun. Setelah Bapakku menyapa bekas Guru besarku yang kebetulan membeli lauk untuk dibawa pulang, aku pun memilih tempat duduk tepi sekali. Memang itu saja tempat duduk yang ada. Restoran itu agak sesak kerana waktu makan tengahari maka, ramailah orang2 yang kerja berdekatan menjamah selera di situ.


Aku tak pernah menjangkakan yang idea aku untuk makan di situ bakal mencetuskan kegemparan. Menu kami ialah : Nasi beryani 2, Kari ayam, hati dan peparu ayam goreng, acar timun dan minuman masing2 iaitu sirap limau dan teh O ais limau.


Oh! Sedikit pengenalan untuk restoran ini. Restoran ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga untuk menjamah nasi beryani kerana rasanya yang mmg sedap dan memikat. Ia mempunyai 2 cawangan yang terletak di Campbell Street ( Cawangan Utama) dan 1 di Relau yang masih baru dibuka. Yang aku makan ni?? kat Relau je. Dekat sikit nak balik rumah. Sambil memakan juadah2 tersebut, seorang pekerja datang untuk mengira bil. Malas la nak cakap, tu kan memang keja dia. kira punya kira jumlah semuanya adalah RM **.60. Tapi, pekerja tersebut telah menempah maut. Dia xtau ka Bapakku ini bukan sembarangan orang. Sambil menyuap nasi , mata dia tertumpu pada bil tersebut. Aku? Tetap khusyuk menyuap nasi dan tidak merasa apa2 yang salah dengan keadaan itu. Tiba2 Bapakku kelihatan agak tegang wajahnya dan lantas memanggil pekerja tadi, " Hei! Mai sini sat. Betoi ka kira ni?? Kira lagi sekali! " Hah? Aku pulak terkejut. " Dia salah kira ka??" Bapakku diam. Aikk? Salah ke aku tanya? Dipendekkan akal, sebenarnya pekerja tersebut telah tersilap kira atau mungkin juga buat2 silap kira dengan perbezaan RM5. Ya. Lima ringgit duit Bapakku hampir diambil sesia begitu saja. Nak tau apa jadi kat pekerja tadi? Dia dah mula tak keruan sebab: Pertama, Bapakku berteriak dengan agak kuat. Dan memegang bil tersebut sambil berkata " Tengok ni! Dia ni nak ambik duit aku. Dia buat2 salah kira. Dia ingat aku ni bodoh sangat ka?!!


Aku tersentak. Orang dah mula pandang2. Bapakku mmg bengang dengan situasi tersebut. Aku pula macam mana? Perlulah di tegaskan di sini yang waktu itu adalah waktu kemuncak makan tengahari dah keadaan dalam kedai? Memang ramai. Dan aku serba salah sebab aku tau aku tak boleh pura2 macam aku x perasan atau x sedar apa yang jadi. Duh~ Bapakku cuba ditipu di depan mata aku sendiri. Tapi pada masa yang sama, aku cuba untuk tidak membuat kecoh. Ish.. Memang la aku ni x kenang budi. At least back up la kan? Tapi aku hampir2 tak dapat menelan nasi tersebut dan terpaksa menelan sebanyak 2 kali sedutan. Serius lidah rasa berpasir.


Pada masa yang sama aku berharap aku takde kat situ. Sebab aku ni lemah sikit kalo tengok org kena marah. ( Cepat kesian) Tapi salah dia la jugak kan? Sapa soh cuba menipu.


So, berbalik kepada situasi tersebut. Aku sangatlah tidak selesa sebab aku tak tau reaksi apa yang patut ditunjukkan. (Dan orang2 di sekeliling masih melihat kami lagi)




Aku pun berfikir sejenak. Mungkin ada beberapa perkara yang aku boleh buat waktu tu.



Mungkin aku boleh bersorak dan cakap, " Yeah! U go Daddy!! U're a Super Dad!"



Atau aku boleh menenangkan keadaan dengan bercakap'," Oh. Dia silap kira kot. Salam balik! Tak elok gaduh2..."



Dan aku juga mempertimbangkan untuk berkata, " Hah! Padan muka! Sapa soh cr pasai dgn Bapakku? Dia ni OTAi woo!! Geng 67 tau"


Aha. Aku patut pilih yang terakhir tu tapi..



Jul 4, 2009

Dia yang sakit, mengapa harus aku pun terseksa?

sabarlah wahai hati..
hanya tinggal beberapa hari saja lagi..
sebelum keadaan pulih seperti dahulu

tika2 begini
masih terbayang di kotak fikiranku
saat2 indah ita sewaktu bersama
saat2 jari jemari kita saling bersatu

lalu menghasilkan satu irama yang sangat indaht
iada kata yang dapat menggambarkan perasaanku
di kala kau masih disisi ku

tap tap tap tap
oh
bunyi itu
bunyi itulah yang amat ku rindui ketika ini
bunyi jari-jariku mengetuk papan kekunci itu
wahai hatiku
sabarlah
hanya tinggal 2 hari
sebelum mr lim datang dan memulihkanmu

sabarlah hati
sabarlah...