Oh! Alangkah dejavu-nya saat ini (bersahur di cafe UIA pada pukul 3.30am dan dilatari dengan dengan hiburan filem, Hindi @ Zee Astro).semata-mata itu aku dan teman tidak tidur sedari tadi semata-mata tak mahu terlepas sahur yang jarang wujud pada Ramadhan tahun ni.Memang teruk. Puasa tahun memang tiada pengisian bagi aku. Sahur adalah 3-4 kali.Teraweh sangatlah sikit. oh!Sedikit sebak terkenangkan puasa di kampung (READ. pakat dgn kawan nak jupa kat masjid, teraweh 8 rakaat je pastu join bdk-bdk laki main mercun@ bunga api sambil lari-lari menjerit sb takut mercun. Dan bakal dimarahi pacik Madnoq sbb tak abeskan 20 rakaat. eheehh)
Oh. masih melantak bihun tomyam (agak keras tapi kuah de superb).Teman kat sebelah makan kuey teow kungfu. TV menayangkan klip video. Sumpah aku tak kenal sapa artis Hindi tersebut. Yang aku kenal pun Shah Rukh Khan (Datuk ok!), Kajol mata cantik, Salman badan ketul, Aamir Khan rambut kering dan bla bla bla..
Di skrin, babak si hero dikelilingi anak-anak mat saleh cute (situasi adalah di London). Hero membahagikan sepeket coklat or cookies (ala Famous Amos) kat 6-7 bebdudak tu. Dan kamera fokus pulak ke muka heroin, sedang tersenyum bahagia dan terpegun dengan kemurahan hati hero tu.
AKU: " Ko tayahlah nak wat muka terpegun. Takdenye manusia semulia tu nak bg sepeket coklat sedap kat bebdk tepi jalan. Sikit pun tak real".
Tiada sahutan dr teman kerana mulut beliau penuh.
Ish. Memang takde isu di sini.Tapi aku rasa scene ni agak karut. Yelah. Mungkin aku dah terbiasa dgn situasi spt; kalau bukan bulan puasa, kalau bkn charity event oleh kerabat/artis yang dapat coverage dlm akhbar or Majalah 3 yang confirm ada aksi potong riben, kalau takde artis terkenal sakit kanser mohon sumbangan,KAU JANGAN HARAPLAH NAK TGK SUMBANGAN IKHLAS BEGITU DEPAN MATA KAU. bukan prejudis tp dah kebiasaan.
Sgt sukar untuk aku (merujuk kpd diri sendiri atas sbb2 peribadi) merasa terpegun melihat seorang lelaki hensem (CONTOH) melutut menghulurkan cincin eh bukan, menghulurkan sorang sepeket Famous Amos. Sbb biasanya kalau ada cookies sebanyak tu, kita (aku la) pasti akan, "Wah!banyaknya! Best..best..(kruk krukk kruk...)
Sbb tulah aku rasa scene tu agak exxagerated. Takanlah ko terpikat kat laki semata-mata cookies sedap? Bagilah faktor yg kuat sikit. Contohnya si laki selamatkan si pempuan dari mati jatuh bangunan ke, mati lemas ke. At least nanti bila ada babak si BFF girl ni tnye, " macamana korang bleh kenal ni?".
(sambil sipu-sipu, si heroin mencubit BFF-nya dan menjawab) "Ala, si LELAKI tu mmg nice. dia byk tlg I. De la yg selamatkan I dr mati katak itu aritu.
BFF: "owh. sweetnya korang. Jeles pulak I..(urghhhhh !)
Kan? Sepatutnya si director VC ni buat situasi yang lebih real agar heroin akan jatuh cinta dgn alasan yg konkrit. SEBAB KAU TAKKAN JUPA MANA-MANA PEREMPUAN YANG JATUH CINTA DENGAN PEMBERIAN COOKIES SEDAP sebab takkan ada manusia yang akan buat baik dan pura-pura kononnya tak sedar ada orang tengok. Aku tahu si lelaki idaman aku pun mungkin macam tu gak. Dah memang kebiasaan pun.
Heh. Cookies? Aku mau!! Bapak sedap!!!!
* Takdeke mana-mana NGO or dept. nak buat buka puasa dengan student? Dapatlah gue menumpang makan free dan masuk TV.(wajib tepon seluruh warga BP ni).
** Oi! aku tau la weekend ni ko terganggu dengan cerita-cerita yang sgt violent tu (Orphan dan Final Destination 4), takkanlah dengan Hindustan pun nak disturebed? Gi tido laaa!!
aku singgah
6 years ago
2 comments:
ekekekek.. ngan cookies pun leh jatuh chenta ke.. adoyai.. itulah namanye hindustan. hero nye over confident. nk pikat awek pun guna taktik yg ntah ape2. kena belasah banyak kali pun xmati2 lagi. ishh, byk btul adegan2 yg xberkenan tgk hindustan neh.. tp, pssttt.. akk suke je tgk.. ahahahahaha.. kantoikan diri sendiri di cni.. lalalalalaa~
eleh..mmg muka hindustan!! tau dahh
Post a Comment