Berbaloi rupanya di kejutkan pukul 5.30 petang kala hujan lebat.
Seriously, tidur petang terutamanya sewaktu hujan lebat dan kilat sabung-menyabung sangatlah nyaman. Sungguhpun begitu, saya tidaklah ralat apabila dikejutkan oleh ayah saya.
“Atun, bangun! Tengok bola”
“Ok!” (senang gila kalau nak dibandingkan dengan waktu subuh).
Tidak ralat sebab after 20 years, Malaysia menang (finally). Oh! Semua pun tau Malaysia (1) Vietnam (0).
Boooooo boooo..Jarang dapat peluang belagak cam ni.
Juga agak bermakna apabila saya melupakan niat untuk berayap-rayap petang tadi semata untuk bola. Adakah ini bermakna saya seorang penggemar bolasepak? Tidak juga. Cuma hey bukan selalu la Mesia masuk final bola so jangan tipula kalau ko cakap ko tak teruja sikit pon. Walaupun ada yang teruja nak tengok budak2 kembar tu tapi heh peliss I tak layan budak ok!
Dan tempoh perlawanan 90 minit lebih tu banyak menyedarkan bahawa saya tidak selalunya betul (memang BUKAN SELALU). Bukan sebab tak percaya dengan kemampuan pasukan Malaysia tapi orang kata, jangan berharap lebih-lebih sangat, nanti kecewanya macam orang mati laki pastu sakit hati dok dalam bilik tak kuar2. (Oh. Tu gaya orang putus cinta kan?).
So now they beat Vietnam and become everybody’s favorite hero? Sangat cliché. Sangat sedih sebenarnya sebab kita cuma bangga dengan kekuatan pasukan sendiri SELEPAS menang. Kalau kalah, maka berbakullah sumpahan, makian, cacian,seranahan yang di campakkan ke muka pemain-pengurus-coach siap ada yang cakap sesia je buang duit hantar training bagai.
Tapi terlanjur cakap, our team menang juga akhirnya. DAN tiada istilah menang sipi, menang tipis, menang kesian atau menang mengejut. Pokok pangkalnya, Malaysia tetap menang. Itu dah memang adat perlawanan. Kalau 1 team menang, 1 lagi mesti kalah. Kalau tadi dua-dua seri tanpa gol sekalipun, tetap akan ada sepakan penalty untuk tentukan pemenang sebab SOMEBODY’S GOT TO WIN!!! Tak boleh dua-dua kalah!. FAHAM?!! (Dah emo tetiba, tak pasal..)
Dan, sila prepare atau bersedia sebab lepas ni, semua orang pon worship bola sepak, semua pun nak bagi ganjaran yang dahsyat mak datuk kat player, coach pun di sanjung tinggi sebab berjaya menaikkan martabat bolasepak negara. Silap-silap dapat Dato’ship lagi pas ni. Dan semua pun tiba-tiba jadi patriotik lebih. Kalau tak sebelum ni, jangan harap nak tengok bola, sokong apatah lagi. (sila terasa sekarang)
Ini bukan perkara biasa bila Malaysia menang bola. OK! Sekarang kita memang ada alasan yang kukuh untuk berlagak dan celebrate besar-besaran. Yeayy!!
Dan ini juga bukan perkara biasa bila kita melonggokkan ganjaran yang mewah,hebat ke muka atlit-atlit tiap kali menang mana-mana kejohanan besar. Tapi cuba kita tengok balik, masa Hafiz menang All England, apa jadi kat dia pas tu? Lee Chong Wei pun siap dapat Datok lagi tapi takpalah. Sendiri mau ingat lah.
Eh. Don’t get me wrong. Tak salah kita nak bagi hadiah kat player atas segala usaha dan penat lelah menaikkan martabat bolasepak dan bertungkus lumus pergi Laos-balik Mesia ubat mata-pegi Laos balik. Penat tau. Kita patut bagi penghargaan. Setidaknya, usaha mereka terbayar jugak. At least, diorang menang jugak untuk negara. Yang kita ni buat apa je?
Cuma janganlah semua ni, hangat-hangat taik ayam (HHTA)je. (betulkah penggunaan ni?)
Kepada atlit-coach-pengurus pasukan : Jangan la semangat nak berjuang untuk Negara tu HHTA je. Bila dah dijanjikan ganjaran bagai baru nak main bermati-matian. Apa, ko main sebab negara ke main untuk Datukship? Kalau tak dapat Dato, duit ribu-riban tu, ko takleh main la?
Kepada penyokong-peminat sukan tanah air: Nak sokong tu biarlah konsisten. Jangan sebab bila nampak nak menang baru sokong. Pilih kasih tol! Dan jangan la sokong semata-mata ada player yang agak nice di mata kamu. Camtu punya gaya, baik ko layan CLEO Most Eligible Bachelor. Sumpah lagi best dan hot.
Kepada badan-institusi Diraja yang berkaitan: Kalau dah janji nak bagi ganjaran tu, sila tunaikan janji anda ya? Dan kalau boleh, bagi la ganjaran yang berpatutan. Takkan semua pon nak dapat Datuk kot? Bosan lah player yang muda belia pon kena panggil Datuk. Cam tak sesuai je. Unless dia ada misai/kumis tebal.
Mmm..tu je la kot. Idea wa dah kering dan wa nak stop lu. Asal wa tiba-tiba cakap rempit ni? Oh demmit..
Dec 18, 2009
Semua pun dah klise, maka aku pun jadi klise jugak.
Posted by atun @ art at 2:25 AM 3 comments
Dec 15, 2009
Lain orang, lain tempat, satu tujuan..Part II
Tarikh: 121209 ( sama dgn kenduri Lai)
Tempat: Penang.
Peristiwa: Majlis akad nikah Ieda dan pasangan, Fazlon.
Pada hari tersebut juga (121209)our beloved BFF, Ieda pon kawin. Tapi takde majlis sebab cuma akad nikah. Tapi majlisnya akan ada. Tungguuuu... just around the corner. Haaa..tak lama dah..sikit harii jugaa mariii...
Ampun ya..Kami pi kenduri Lai yang jauh ni. Sebab kenduri ang lambat lagi. Nanti taun depan kami sampailaaa..aku dah reserved tarikh tu...
Thanx for d pic. Seb baik hp kita ada tech MMS. Bukan cam hp Leh. Kdg2 je dpt MMS. hahaha..Eh..Wah wah..Sama cantik sama padan sama senget. Jodoh kuat ni...
Agak2 la kan, lepas ni, sape kah pulak ahli Blues Gang yang bakal mengikut jejak langkah Ieda (yang kelihatan tak sabar iteww2)?
Mungkinkah Limie, kemudian Farah?
Atau sebaliknya?
Bagaimana pula dgn Leha@Leh? Dia sebelum saya? DEFINITELY. Kan Leh?
Tapi, yang nampak pasti di sini,
Giliran saya mungkin lambat lagi.
Jadi, walaupun saya suka tengok orang kawin, dan saya juga mungkin gatal or teringin nak wat wedding ala-ala Bali dan selalu cop baju pengantin dalam majalah Pengantin (dgn melipat page dan tanda ATUN's), hakikatnya terlalu pahit utk di telan. Hehhhe.. Tiada motif sungguh. Cakap je la kau takde bf, nak kawen dgn sape. Kan?? Kan?
Posted by atun @ art at 12:43 AM 2 comments
Dec 14, 2009
Lain orang, lain tempat, satu tujuan..Part 1
Tarikh: 121209
Tempat: Rumah Lailatul di Perak.
Peristiwa: Majlis kahwin kawan2 zaman sekolahan.
Gambar ramai2 dgn pengantin. Sungguh klise. Haha.
Mengikut arah jam ialah turutan kahwin yang seterusnya. Oh! Sungguh gatal..Kelihatan seperti saya agak awal.
Menjadi cam-whore selepas mendapat tenaga nasi kenduri. Sangat berkat.
Farah di kecualikan dari gambar ini kerana telah kepam. Mungkin. Lihat kami. Masih jalang bersama kamera.
Wajah pengantin hari itu. Lailatul @ Lai. Tersenyum girang. Macam selalu. Tak pernah gusar. Oh yeah!
Menyejukkan badan dan hati di Secret Recipi. Yogurt cheese mcm slalu. LAME...
Juga, pada hari tersebut, terdapat sorang lagi kawan saya yang bergelar ratu kebaya eh bukan ratu sehari yakni Ieda. Cepat-cepat betulkan. Dont mess with Ieda. Agak puaka sumpahan nya. (Kidding Ieda!!)
Iaitu Part II. Nantikan. Tak lama sangat dah....
Posted by atun @ art at 12:30 AM 0 comments
Dec 10, 2009
Rasa macam kepala di ketuk-ketuk tapi siapa yang ketuk
Dah macam-macam lagu aku pasang.
Dah macam-macam gambar aku belek.
Dah macam-macam ayat aku susun.
Tapi semuanya salah.
Tak kena, canggung, janggal, awkward dan perkataan lain yang membawa maksud serupa.
Kalau aku pilih yang ini,
Yang itu pun OK.
Kalau aku mulanya begini,
Penutupnya macam mana?
Kalau yang ini salah,
Betulkah yang itu?
Argghh!!!
Woi! Aku bencila monolog-monolog dalam kepala ni. Tak habis-habis dari dulu.
Saja nak buat habuan migraine untuk aku.
Tips: Kalau kau nk avoid friend /ex bf or gf /rival/ajen cari jodoh/ajen pekerjaan kat YM kau, kau boleh choose untuk Sign in as INVISIBLE or APPEAR OFFLINE TO (isi nama tersebut). Atau lagi senang, DELETE from friend list. Senang gila. Maka, tak payahlah kau nak main cak-cak dengan dia nak tengok kot2 dia online ke tak. Tak percaya? Sila buat sekarang. Taknak sudah. Tapi sila delete aku kalau kau memang taknak tegur aku sampai bila-bila.
Posted by atun @ art at 11:59 PM 0 comments
Dec 5, 2009
Biasa kamu luar biasa. Tau?
Banyaknya manusia kat situ. Tapi aku cuma nampak kamu. Bukan kerana kelantangan kamu, mungkin kerana kebijaksanaan kamu. Tapi pastinya, kamu paling menonjol di mata aku kerana kamu sangat biasa. Biasa dan hampir tiada apa-apa yang menarik. Tapi itulah yang menarik mata aku dan ternampak kamu.
Biasa kamu membuat mataku senang melihat kamu. Biasa kamu buat kata-katamu sedap di dengar. Dan gurauan kamu yang biasa-biasa itu menjadi lawak of the year.
Aku mau yang biasa-biasa saja.
Orangnya biasa.
Wajahnya biasa.
Pakaiannya biasa.
Rambutnya biasa.
Bahasanya biasa.
Kerjanya biasa.
Keretanya biasa.
Sebab aku percaya,
hati kamu luar biasa.
Dan perasaan itu juga,
Amat luar biasa.
Betapa luar biasanya kamu,
Sampai aku 'lupa sekejap'
Hati aku masih mati.
Posted by atun @ art at 11:08 PM 0 comments