Banyaknya manusia kat situ. Tapi aku cuma nampak kamu. Bukan kerana kelantangan kamu, mungkin kerana kebijaksanaan kamu. Tapi pastinya, kamu paling menonjol di mata aku kerana kamu sangat biasa. Biasa dan hampir tiada apa-apa yang menarik. Tapi itulah yang menarik mata aku dan ternampak kamu.
Biasa kamu membuat mataku senang melihat kamu. Biasa kamu buat kata-katamu sedap di dengar. Dan gurauan kamu yang biasa-biasa itu menjadi lawak of the year.
Aku mau yang biasa-biasa saja.
Orangnya biasa.
Wajahnya biasa.
Pakaiannya biasa.
Rambutnya biasa.
Bahasanya biasa.
Kerjanya biasa.
Keretanya biasa.
Sebab aku percaya,
hati kamu luar biasa.
Dan perasaan itu juga,
Amat luar biasa.
Betapa luar biasanya kamu,
Sampai aku 'lupa sekejap'
Hati aku masih mati.
aku singgah
6 years ago
0 comments:
Post a Comment