Jangan kata marah.
Dia takkan marah.
Pasrah?
Bukan. Itu namanya setia.
Jangan kata benci.
Dia takkan benci.
Bodoh?
Bukan. Itu namanya setia.
Jangan kata pergi.
Dia takkan pergi.
Penakut?
Bukan. Itu namanya setia.
Tapi kenapa hatinya remuk?
Kerana menahan sakit.
Setianya tidak langsung bererti.
*Kini aku marah, aku benci dan aku mau pergi.
*Sebab aku tidak lagi setia.
Nov 10, 2009
hati perempuan memang macam ni
Posted by atun @ art at 3:10 AM 0 comments Links to this post
Oct 27, 2009
Melepaskan angin
Sebelum kembali ke medan, 'battle', perang, perjuangan, meneruskan perjalanan yang masih bersisa ini, aku cuba melepaskan angin-angin tekanan yang bersarang dalam diri selama berminggu-minggu ini.
Maka hari ini, aku akan cuba melepaskan secara sedikit demi sedikit.
Seronoknya. Bukan KENTUT. Enough said.
*Tiba-tiba teringat perbualan 1 couple ni yang bergaduh sebab BF tu kentut dpn AWEK dia. FINE la korang gaduh. Abes aku yang ter'hidu' bau tuh?
Posted by atun @ art at 10:36 PM 0 comments Links to this post
Oct 22, 2009
kenapa ye?
Kalau otak tengah serabut,
fikiran sesak,
nafas tersekat,
jiwa celaru,
mata merah,
rambut kusut (OK. aku sorang je),
hati cemburu,
JANGAN LAYAN LAGU NI.
sebab ia akan menyesakkan lagi hari anda.
Kenapa aku letak jugak lagu ni?
Sebab aku kan suka seksa diri sendiri.
HAHA.
Posted by atun @ art at 1:00 AM 0 comments Links to this post
Oct 15, 2009
It's 3.17 am for God's sake!!
Agak-agak marah tak kalau kau yang susah nak tido sebab baru tadi bersengkang mata siapkan kerja kau yang memang susah gila sebab laptop kau tiba-tiba rosak dan kau terpaksa pinjam laptop Intan dan bila waktu dah pukul 3.17 am dan mata kau dah mula terasa berat, sambil kau cuba melelapkan mata tuh, TIBA-TIBA hp kau berbunyi dan kau dengan pantasnya capai hp kau sebab dalam hati kau risau kalau-kalau ada emrgency ke ape ke (ye la pukul 3 pagi kan?). CUAK. Pastu tiba-tiba mangkuk tu buat miskol semata-mata. Dan kau yang bengang ni bertambah bengang sebab kau nak marah/ maki mangkuk tersebut tapi kau tak tau nak marah/ maki sape, sebab bila tengok call register, no fon adalah 'Anonymous'.
Marah betul aku.
Posted by atun @ art at 12:37 PM 0 comments Links to this post
Oct 13, 2009
busuk/ wangi/ bacin/kentut semua wa telan.
Sumpah.
Wa memang malas nak bikin panas.
Sebab wa pikir ini hari lu.
So takpelah.
Lu selamat.
Hari ni hari lu.
Semalam dah memang confirm hari lu.
Esok-esok pun dah nampak, yaaa..memang hari lu.
Sampai bila-bila pun memang hari lu.
So, sebelum terlambat,
Wa nak ucap tahniah kat lu.
Tahniah sebab lu berjaya mendominasi hampir 80% komitmen wa untuk lu.
Tu tak kira komitmen geng yang lain-lain.
Kiranya lu memang takde masalah 'kurang perhatian' la.
Sebaliknya, 'terlebih perhatian'.
Ha.
Terima kasih jugak.
Sebab buat wa jadi penyabar.
Serius wa dah improved banyak.
(Lu tak sedar ke weh?)
Wa penat nak tulis banyak-banyak.(nak simpan tenaga untuk orang lain jugak)
So takpelah.
Sekian, terima kasih.
Till we meet again. (tiba-tiba masuk English plak)
p/s: Ampun, muka wa memang takleh sorok tadi sebab wa penat. (READ: sick)
Apa-apa pun, lu tetap antara manusia pertama yang wa akan jemput kalau wa kawin.
Posted by atun @ art at 1:15 AM 2 comments Links to this post
Oct 11, 2009
Wajah yang hilang dari mimpi aku
ARGHHH!!!!
Aku terjaga lagi.
Kali ni aku duduk termenung di kaki katil.
Ish! Stress aku macam ni.
Apa lagi yang aku dok pikir ni??
Pasal mimpi tadi ke?
Wei pandai! mimpi kan mainan tidur je.
Tak payahlah nak fikir sangat.
Tapi, degil sebenarnya aku ni.
Muka dia tu..
Siapa ek?
Siapa watak dalam mimpi aku tadi?
Wajah yang familiar
Auranya yang dekat
Lagaknya seperti kawan lama
Matanya yang mesra
Perasaan pun sangat gembira.
Tapi bila aku jaga
Haram sikit pun tak boleh ingat muka dia
Siapa dia yang buat aku gembira tak ingat dalam mimpi tadi?
Memang aku kenal ke?
Atau dia tu kenalan mimpi aku je?
ARGHHH!!!
Rasa sesak kepala otak aku.
Tak bleh tidur.
Sebab otak asyik ingat muka yang hilang tu.
Mungkin kalau aku tidur lagi
Mimpi tu akan bersambung tak??
*Mampus la aku nak hidup dalam mimpi.
*Dasar pemalas asyik nak tidur saja.
Posted by atun @ art at 8:33 AM 0 comments Links to this post
Sep 30, 2009
no manner. aku marah
Marah tak kalau kau tengok depan mata kau ada orang cakap kasar / kurang ajar kat orang tua?
Aku marah. Sebab aku rasa tak patut seorang perempuan bertaraf makcik guard mengeluarkan kata-kata kesat kat seorang tua yang layak jadi ayah dia @ atok aku.
Patut ke tak kalau dia cakap macam ni (selepas beliau minta tolong makcik tu bukakan kunci kelas sebab memang makcik tu saja yang ada kuncinya)
"Hah! Lepas ni kunci balik!! Jangan nak menyusahkan orang!!"
Aku tak tau lah kalau-kalau makcik guard tu nak buat lawak ke apa, tapi orang tua bertaraf lecturer dan pernah bergelar barrister kat England itu layak di hormati. Lebih-lebih lagi depan anak-anak murid dia. At least hormatlah dia sebagai orang yang lebih tua. Tak susah kan?
Atau mungkin makcik ni ingat atok mat saleh/ pakistan ni tak faham melayu kot?
Tapi, lantaklah atok mat saleh ni faham ke tak, aku yang turut ada kat situ faham kata-kata tu. Begitu juga dengan 7-8 orang yang lain.
Aku dan few others tercengang-cengang. Tak tau la yang lain macam mana, tapi aku berpuas hati dengan sikap bodoh sombong dan tidak sopan makcik guard itu.
Setidak-tidaknya dia membuktikan yang dia memang sesuai bekerja sebagai makcik guard sahaja.
Posted by atun @ art at 1:01 PM 0 comments Links to this post




