Sep 30, 2009

no manner. aku marah

Marah tak kalau kau tengok depan mata kau ada orang cakap kasar / kurang ajar kat orang tua?
Aku marah. Sebab aku rasa tak patut seorang perempuan bertaraf makcik guard mengeluarkan kata-kata kesat kat seorang tua yang layak jadi ayah dia @ atok aku.
Patut ke tak kalau dia cakap macam ni (selepas beliau minta tolong makcik tu bukakan kunci kelas sebab memang makcik tu saja yang ada kuncinya)

"Hah! Lepas ni kunci balik!! Jangan nak menyusahkan orang!!"
Aku tak tau lah kalau-kalau makcik guard tu nak buat lawak ke apa, tapi orang tua bertaraf lecturer dan pernah bergelar barrister kat England itu layak di hormati. Lebih-lebih lagi depan anak-anak murid dia. At least hormatlah dia sebagai orang yang lebih tua. Tak susah kan?

Atau mungkin makcik ni ingat atok mat saleh/ pakistan ni tak faham melayu kot?
Tapi, lantaklah atok mat saleh ni faham ke tak, aku yang turut ada kat situ faham kata-kata tu. Begitu juga dengan 7-8 orang yang lain.

Aku dan few others tercengang-cengang. Tak tau la yang lain macam mana, tapi aku berpuas hati dengan sikap bodoh sombong dan tidak sopan makcik guard itu.

Setidak-tidaknya dia membuktikan yang dia memang sesuai bekerja sebagai makcik guard sahaja.

Sep 26, 2009

Tiba-tiba rasa nak jadi budak balik.


Kalau aku balik Penang, mesti 4 orang ni je yang asyik berkumpul.
Tak pernah cukup pun. Ida mesti hilang.
Last aku jupe si Ida ni if tak salah, 2006.
Bapak lama.
Takpelah, mungkin nanti kat kenduri kahwin dia, dapatlah kumpul semua.
Bulan 12 ke next year Ida oi?!
Jangan la tunggu nak kahwin baru nak contact balik.

Sorang lagi, Sue.
Tu lagi ghaib terus.
Aku tau la hang segan.
Konon-konon badan dah berisi la. (tapi takkan la sebesar tong gas?)
Habis, orang lain pun berubah gak.(tengok aku)
Nak wat camna. Terima je laa.
Pasni, aku malas nak ajak reunion ke apa dah.
Sebab aku tau, akan ada ja alasan.(marah)

Jadi, balik-balik, yang ada harapan nak bertemu ialah muka-muka yang sama ni:

Farah memang sah-sah la boleh jupa selalu. (hidup berjiran la katakan)
Leh pun senang di ajak jumpa (if tak busy)
Limi pun senang jugak. (pasni ni kena jupa selalu sebelum ang di hantar ke ceruk mana-mana tah)
Tak lupa, Fizah (tiada dalam gambar).

*hurm* mengeluh. (TAK BAIK)
Tu la..sapa suruh membesar. Kalau nak best, stay je la jadi budak.

Berbudi pada yang sudi sajalah.

Padanlah negeri kamu selalu kacau bilau.
Pengganas sana sini.
Bencana itu ini.
Kalian memang manusia yang tak kenal erti 'terima kasih'
Dan tak tahu bersyukur.

Oh!
Kalian marah ya?
Apalah sangat kurang ajar aku ini
Kalau nak di bandingkan dengan misi meng'ganyang' kalian itu?

Benci?
Aku tak kisah di benci.
Kenyataan aku memang berbaur kebencian.
Dah lama sangat aku bersopan berbudi dengan kamu.
Cuma kali ni, akalku tak dapat terima misi GANYANG itu.

Namun, BUDI BAHASA BUDAYA KITA, masih budaya aku.
Itukan budaya rakyat Malaysia?

Sep 19, 2009

Menanti sahur terakhir dan ingatan aku tertumpu kepada Zahiril Adzim selepas menonton Zoey & Joey



Entri kali ini bakal membuatkan sesetengah manusia jelik dengan aku dan bakal mengKANTOIkan diri aku sendiri. Tapi apalah sangat kalau nak di bandingkan dengan kulit muka aku yang dah sedia tebal ini. OK. HERE WE GO!

Kamu tahu kamu berbakat
Sebab kamu pelakon harapan
kamu tahu kamu lain dari yang lain
Dalam erti kata lain, kamu tak klise
kamu tahu apa kamu buat
Sebab itu yang kamu cakap ( betul kan??)

Kamulah GADOH
Kamulah KAMI
Eh! kamu yang dalam SERATUS HARI JADI tu kan?
MERAH PUTIH pun kamu?
NATURALISASI?
ZOEY & JOEY, kamu yang 'ayu ' gitu kan??
Err, KARAOKE bila lagi??

Sebagai Rahmat dalam Naturalisasi.

Tak apa,
aku separa sedar sewaktu menulis.
Sementara menunggu sahur terakhir tahun ini.
Cepat..cepat..dah nak raya ni.

Sep 17, 2009

ENTRI PRE-RAYA BELUM ADA. NANTIKAN SAJA.

Semua pun sibuk nak balik kampung. So, baik aku tak payah update lagi.
Nanti pun bukan ada siapa yang baca. Semua sibuk mengadap kuih raya, ketupat, rendang, baju raya, kain langsir, kasut raya, tudung raya dan etc.

Sep 16, 2009

Untuk birthday girl yang dah belated arini sebab aku tak sempat wish semalam, FARAH @ aya


Anggaplah kek ni kek birthday kau ya!

oi! aku mintak maaf banyak-banyak sebab ulang tahun kau kali ini tiada sebarang ucapan selamat dari pihak aku. Bukan aku sengaja tapi terdapat masalah teknikal yang tak dapat di elakkan. Antaranya ialah handphone aku tak ade kredit dan aku tak berkesempatan nak keluar pergi beli top up. BETUL-BETUL TAK SEMPAT walaupun 7-E dekat sekentut jer dari rumah aku. Lagipun, susah nak keluar rumah kalau ada 2 orang budak berumur 5 dan 2 tahun yang tak boleh dengar bunyi enjin kereta gerenti nak ikut dan akan demand pelbagai benda alah yang aku tak mampu nak layan.

Lepas tu, aku cuba hantar komen kat FB tapi tah di mana silapnya, komen aku tak ter'lekat dekat wall kau. Kau letak cat hape sampai dia tak nak lekat? Bengang aku tau tak?

Kemudian aku terfikir, mungkin kau takkan marah or kurang bengang dengan aku kalau aku buat entry untuk wish birthday kau kan? Ye la. Kau ada blog sendiri. aku pun ada blog aku jugak. Balik-balik, aku baca blog kau, kau baca blog aku balik.
So, takpe lah ye? aku janji nanti bila aku dah start chambering (SILA BAGI PERHATIAN SEKARANG! Yes. RIGHT NOW), bila aku dah start chambering aku akan belanja kau, fana, zarah, intan, dan ayu. Sila tuntut janji ini nanti ya.

Atau, mungkin juga kalau aku memutuskan untuk bergelar seorang penggiat seni, aku akan tetap tunaikan janji itu. (Tolong diam dan jangan banyak soal)

Tapi kan, sebenarnya aku boleh call kau dengan telepon rumah untuk wish birthday kat kau.

Sep 9, 2009

PAGI-PAGI LAGI KAU DAH WAT MACAM NI TANDANYA KAU MEMANG MEROYAN

Memang salah dan adalah tidak dibenakan sama sekali kalau kau masuk kelas pukul 10.20 yang start pukul 10.00 lagi pastu bila lecturer kau tanya kenapa lambat, kau cakap takde parking. jawapan tu tak salah kalau kau memang pegi kelas bawak keta kelisa putih yang kiut nak mampus macam owner dia jugak heh peliss jangan jadi stalker sangat nanti kantoi baru kau tau. tapi kalau orang macam aku yang jarak bilik ke kelas hanyalah sekangkang kera bak kata orang tua, atau pun sekentut je bak kata aku, dan tidak mempunyai ownership ke atas mana-mana kereta jawapan tersebut sangatlah tidak munasabah dah aku hampir-hampir ketawa mendengar jawapan aku sendiri.

Dan aku sebenarnya kantoi dengan jawapan aku sendiri.

Semua ni salah perut aku sebab buat hal pagi-pagi lagi. Heh..harus stop makan nasik lemak untuk berbuka puasa. petang ni makan nasi minyak ayam rempah pulak.

Sep 7, 2009

Kalau puasa di sini, memang akan ada selingan filem Hindustan. Oh, macamana aku boleh lupa benda penting ni.

Oh! Alangkah dejavu-nya saat ini (bersahur di cafe UIA pada pukul 3.30am dan dilatari dengan dengan hiburan filem, Hindi @ Zee Astro).semata-mata itu aku dan teman tidak tidur sedari tadi semata-mata tak mahu terlepas sahur yang jarang wujud pada Ramadhan tahun ni.Memang teruk. Puasa tahun memang tiada pengisian bagi aku. Sahur adalah 3-4 kali.Teraweh sangatlah sikit. oh!Sedikit sebak terkenangkan puasa di kampung (READ. pakat dgn kawan nak jupa kat masjid, teraweh 8 rakaat je pastu join bdk-bdk laki main mercun@ bunga api sambil lari-lari menjerit sb takut mercun. Dan bakal dimarahi pacik Madnoq sbb tak abeskan 20 rakaat. eheehh)

Oh. masih melantak bihun tomyam (agak keras tapi kuah de superb).Teman kat sebelah makan kuey teow kungfu. TV menayangkan klip video. Sumpah aku tak kenal sapa artis Hindi tersebut. Yang aku kenal pun Shah Rukh Khan (Datuk ok!), Kajol mata cantik, Salman badan ketul, Aamir Khan rambut kering dan bla bla bla..

Di skrin, babak si hero dikelilingi anak-anak mat saleh cute (situasi adalah di London). Hero membahagikan sepeket coklat or cookies (ala Famous Amos) kat 6-7 bebdudak tu. Dan kamera fokus pulak ke muka heroin, sedang tersenyum bahagia dan terpegun dengan kemurahan hati hero tu.

AKU: " Ko tayahlah nak wat muka terpegun. Takdenye manusia semulia tu nak bg sepeket coklat sedap kat bebdk tepi jalan. Sikit pun tak real".
Tiada sahutan dr teman kerana mulut beliau penuh.

Ish. Memang takde isu di sini.Tapi aku rasa scene ni agak karut. Yelah. Mungkin aku dah terbiasa dgn situasi spt; kalau bukan bulan puasa, kalau bkn charity event oleh kerabat/artis yang dapat coverage dlm akhbar or Majalah 3 yang confirm ada aksi potong riben, kalau takde artis terkenal sakit kanser mohon sumbangan,KAU JANGAN HARAPLAH NAK TGK SUMBANGAN IKHLAS BEGITU DEPAN MATA KAU. bukan prejudis tp dah kebiasaan.

Sgt sukar untuk aku (merujuk kpd diri sendiri atas sbb2 peribadi) merasa terpegun melihat seorang lelaki hensem (CONTOH) melutut menghulurkan cincin eh bukan, menghulurkan sorang sepeket Famous Amos. Sbb biasanya kalau ada cookies sebanyak tu, kita (aku la) pasti akan, "Wah!banyaknya! Best..best..(kruk krukk kruk...)

Sbb tulah aku rasa scene tu agak exxagerated. Takanlah ko terpikat kat laki semata-mata cookies sedap? Bagilah faktor yg kuat sikit. Contohnya si laki selamatkan si pempuan dari mati jatuh bangunan ke, mati lemas ke. At least nanti bila ada babak si BFF girl ni tnye, " macamana korang bleh kenal ni?".
(sambil sipu-sipu, si heroin mencubit BFF-nya dan menjawab) "Ala, si LELAKI tu mmg nice. dia byk tlg I. De la yg selamatkan I dr mati katak itu aritu.
BFF: "owh. sweetnya korang. Jeles pulak I..(urghhhhh !)

Kan? Sepatutnya si director VC ni buat situasi yang lebih real agar heroin akan jatuh cinta dgn alasan yg konkrit. SEBAB KAU TAKKAN JUPA MANA-MANA PEREMPUAN YANG JATUH CINTA DENGAN PEMBERIAN COOKIES SEDAP sebab takkan ada manusia yang akan buat baik dan pura-pura kononnya tak sedar ada orang tengok. Aku tahu si lelaki idaman aku pun mungkin macam tu gak. Dah memang kebiasaan pun.

Heh. Cookies? Aku mau!! Bapak sedap!!!!

* Takdeke mana-mana NGO or dept. nak buat buka puasa dengan student? Dapatlah gue menumpang makan free dan masuk TV.(wajib tepon seluruh warga BP ni).

** Oi! aku tau la weekend ni ko terganggu dengan cerita-cerita yang sgt violent tu (Orphan dan Final Destination 4), takkanlah dengan Hindustan pun nak disturebed? Gi tido laaa!!

Sep 4, 2009

La Vie en Rose



Wah! aku baru selesai menonton sebuah filem yang bagi aku sangat bagus. Ya, memang bagus filem ni. filem la vie en rose. sebuah filem perancis lakonan hebat Marion Cotillard. (co act in Public Enemies).

Filem ni berkisarkan kisah hidup Edith Piaf, a legendary French icon performer. dari jalanan ke kota New York, bakatnya mula di sedari oleh Papa Leplee (nightclub owner). So, dari sorang penyanyi jalanan yang menyanyi untuk sesuap nasi, sampailah dia jadi icon hebat France. Dan suaranya yang sangat significant.

Dan, lakonan Marion Cotillard memang sangatlah superb. Sangat menjiwai watak sampaikan korang akan rasa, "weh, terernya minah ni belakon. Sebijik menjadi watak orang tua". ye memang super real. Siap bongkok real lagi (bukan macam Erra dalam Hingga Hujung Nyawa. Ops!) Suara dia pun significant. Dan aku nyaris-nyaris tak percaya yang perempuan tu bukanlah Edith Piaf sebenar. (nampak kan betapa realnya lakonan si Marion ni?)

Aku nak cita panjang-panjang memang malas. Cerita ni korang kena tengok sendiri sebab bagi aku, setiap saat dan minit dalam cerita ni membuatkan aku terpegun, syahdu, sedih dan suka. Dan aku hampir-hampir terlupa yang aku menonton sebuah filem french, bukannya English or Melayu or Jawa. Dalam bahasa French dan still berjaya menjiwai cerita tu (Oh oh..mungkinkah jodoh aku dengan seorang french guy?)

So, tolonglah! Sesapa yang berkesempatan, tolonglah tengok cerita ni. Korang boleh download ke cari CD/ DVD cite ni (korang pandai-pandai sendiri lah).
Atau pun boleh mintak kat aku.(selagi aku tak delete dalam laptop aku ni lagi).

Lepas tengok, kita boleh sambung borak lagi.

3 seconds to motive.



oh!.saat ini semua umat sedang tido. (hell-no! bunyi sapa batuk tu??)
tapi aku masih berjaga sebab tadi dah membuta.(dan sbb nak makan nasi ayam)
apekah motif entri ni yer?
aha. (dah dapat! 3saat je dapat. cerdas sgt ni..)

my babes (READ: aya,fana,zara,intan)

marilah kita berbuka puasa sesama. (ye Intan. aku tau kita buka sesama hari-hari.)sebelum aku pulang ke kampung next week.
nanti kalau aku dah balik, baru korang nyesal tak dapat buka dgn aku. (aku masih rasa aku artis)
best tau buka puasa dgn aku.
kalau masa tu fana ter'bawak' dg cam dia yg merah tu (hint ye fana), boleh kita meng'snap' gambar kita.
jangan lupa, kita kan si kamera yang jalang.
pastu kita boleh tag ayu dalam salah 1 pinggan@ cawan yang kosong. (pity her. sapa soh dok jauh sgt kat penang tuh. kan dah x dpt join)
jom ye kekawan?

*aku dah kecur air liur berangan nak makan ape......
** gambar hiasan adalah bukti kita camwhore.
*** sila hubungi aku yer. talk to my PA and he'll arrange everything.