Marah tak kalau kau tengok depan mata kau ada orang cakap kasar / kurang ajar kat orang tua?
Aku marah. Sebab aku rasa tak patut seorang perempuan bertaraf makcik guard mengeluarkan kata-kata kesat kat seorang tua yang layak jadi ayah dia @ atok aku.
Patut ke tak kalau dia cakap macam ni (selepas beliau minta tolong makcik tu bukakan kunci kelas sebab memang makcik tu saja yang ada kuncinya)
"Hah! Lepas ni kunci balik!! Jangan nak menyusahkan orang!!"
Aku tak tau lah kalau-kalau makcik guard tu nak buat lawak ke apa, tapi orang tua bertaraf lecturer dan pernah bergelar barrister kat England itu layak di hormati. Lebih-lebih lagi depan anak-anak murid dia. At least hormatlah dia sebagai orang yang lebih tua. Tak susah kan?
Atau mungkin makcik ni ingat atok mat saleh/ pakistan ni tak faham melayu kot?
Tapi, lantaklah atok mat saleh ni faham ke tak, aku yang turut ada kat situ faham kata-kata tu. Begitu juga dengan 7-8 orang yang lain.
Aku dan few others tercengang-cengang. Tak tau la yang lain macam mana, tapi aku berpuas hati dengan sikap bodoh sombong dan tidak sopan makcik guard itu.
Setidak-tidaknya dia membuktikan yang dia memang sesuai bekerja sebagai makcik guard sahaja.
tak faham
7 years ago
0 comments:
Post a Comment