Nov 19, 2009

Nak main tak?

Nak main?
Betul kau nak main?
Kau jangan nak memandai-mandai..
Betul ke ini yang kau nak sekarang?

Kau tak takut menyesal ke nanti?
Bukan calang-calang orang boleh main ni.
Sebab susah sangat nak menang dalam permainan ni.
Tak caya?

Aku yakin kau memang berpeluh-peluh nanti.
Masa tu kau akan sedar yang aku sukar ditundukkan.
Aku memang yakin kau takkan dapat kalahkan aku.
Tapi jangan takut, aku sedia bermain dengan mu.

Baik!
Kalau kau betul nak berentap dengan aku,
Silakan..
Permainan ini pasti menggegar jiwa kita berdua.

Nah!
Ini permainannya..

Nov 10, 2009

hati perempuan memang macam ni

Jangan kata marah.
Dia takkan marah.
Pasrah?
Bukan. Itu namanya setia.

Jangan kata benci.
Dia takkan benci.
Bodoh?
Bukan. Itu namanya setia.

Jangan kata pergi.
Dia takkan pergi.
Penakut?
Bukan. Itu namanya setia.

Tapi kenapa hatinya remuk?
Kerana menahan sakit.
Setianya tidak langsung bererti.


*Kini aku marah, aku benci dan aku mau pergi.
*Sebab aku tidak lagi setia.