Jan 29, 2011

Daddy got trouble. Oh NO!

Got SMS from this unknown number :6289694959635

"Ni ayah guna fon police tlong bgi credit maxis $50 ke nombo bru ayah 0128640597 Ayah lgi ada masalah kat balai police. Ta payah call, sekejap ayah call."

I replied "Fuck u! May u burn in hell" then tekan SEND.

Bro, ko silap orang nak tipu.

1) Bapak aku xkan ade problem dgn polis. Diorg yg takut bapak aku.
2) Bapak aku dah pakai no fon dia berkurun lama dari ko. Dia takkan tukar sesenang hati. Dan dia bukan penggemar Maxis.
3) Bapak aku x spell 'POLIS' as 'POLICE'.
4) Dia tak penah buat shortfom or singkatan dlm ayat SMS dia. Dia tulis ayat penuh la, bro.
So, kalau dia nak tulis 'TAK' dia takkan tulis 'TA'. Tu namanya lidah terbelit kalau cakap camtu.
5) Keseluruhan struktur ayat kau salah. Bapak aku tak cakap mcm tu. Bapak aku surely cakap ade accent Melayu penang. But not, Melayu-Jawa-Indo wutsoever okay?

Bro, kau dah mess up dgn aku di kala aku tgh bad mood. So, mmg la aku harap ko akan di BURN IN HELL!!!

Jan 3, 2011

wrong number la nih

Someone sent an SMS to my Mum saying: " Ibu skrg brada d pondok. dtg pda hari kamis"

My father said : " tak malu ka, tua-tua dok main pondok2 lagi?"

Me : Ape jadah ni?

Dec 11, 2010

Postpone dululahhhh

Perasaan teruja nak update belog pasal abang kitew kawen, tiba-tiba seluk beg baru sedar, pendrive putih tak amik. Surely tertgl dlm keta sbb tadi otw dtg dok melalak lagu jiwang dgn Zaza. Alaaaaa... tak best la update kalau takde gambaq abang kitew kawen.

So, kena postpone dululahhhh...

ARGHHHHH!!!!!

Nov 9, 2010

terlepas cakap

Aku pernah cakap,

hidup aku lagi baik tanpa kau.
Aku pernah cakap,
hidup aku lagi bagus dari hidup kau.

Aku pernah cakap,
aku tak sepadan dengan kau.

Aku memang pernah cakap,
tak mahu tengok lagi muka kau.

Aku tahu aku pernah cakap,
aku takkan endahkan lagi pasal kau.

Aku tahu aku pernah cakap,
takkan minta maaf lagi dengan kau.
Tapi aku hantar juga kad "SORRY" kat kau.

Sekarang cuba kau cakat kat aku,
punya banyak pasal kau ni,
kau rasa betul ke aku dah tak kisahkan kau?

Nov 1, 2010

Finally, life is great.

Without you.

Ahh..That's better.

Oct 15, 2010

i hate you love

i hate to see you with someone else
i hate it when you didn't call
i hate it when you ignore me,
i hate it 'cause it made me cry,
i hate it when we had a fight,
i hate it when you tell me it's alright,
i hate your stupid jokes.
i hate your hair,
i hate your foolishness,
i hate that you're totally not my-type.

but most importantly,
i hate myself more than i hate you

so i decided to let you go and find our own way,
when suddenly you came and gave me that longing smile.

*mengeluh*

And, by now you should understand
why i hate myself more.

Sep 21, 2010

Masih bergelar manusia. Aku.

Rupanya dah lama aku tak buat entry yang berbaur serius. Atau dalam erti kata lain, entry yang makan-dalam-sampai-mati-pun-tak-boleh-lupa.

Entahlah, bukan sebab hidup aku lately ni happy-tak-ingat tapi kadang-kadang aku malas nak ambil pusing dengan semua benda. Malas nak ambil pusing dengan kerenah orang, kerenah diri sendiri, masalah orang lain, orang lain yang cari masalah dengan aku pon aku bo layan je.

Mungkin sebab usia dah meningkat maka, aku pun malas nak simpan benda-benda yang menyakitkan tu dalam hati. Atau pun omputih ckp, nak cool down je lah. Jadi, baik kita maafkan saja kesilapan orang tu kan? Tapi, kalau orang yg sama tu asyik ulang-tayang kesalahan dia banyak kali dekat kita, agak-agak kesabaran aku ni tergugat tak?

Entahlah, bukanlah nak cakap aku ni tabah gila menghadapi setiap masalah sampai boleh dijadikan contoh teladan yang baik, maka setiap masalah dapat ditangani dan akhirnya aku boleh live happily ever after. Gila tipu macam tu. Aku berani aci kerat kepala la, semua orang pun ada turun naik dalam hidup masing-masing. Nak tak nak, kita face sajelah semua halangan tu. Gila kau, jadi kucing merempat pun kena fikir cara nak survive gak. Nak curi ikan kat mana, nak2 pulak kalau kau kena campak kat pasar yang jual jeruk saja. Apatah lagi manusia macam kita ni. Tuhan dah bagi akal, takkan lah hidup kau nak smooth saja?

Adala sorang wise man ni cakap kat aku, masalah ni kalau kita asyik kira je, tak buat apa-apa, memang makin bertambah. Tapi, kalau kau dah label diri kau sebagai seorang yang bernasib malang atau unfortunate, memang masalah tu asyik cari kau sajelah. Psychology kau pun tak berapa nak betul. Tu pasal kau boleh rasa unfortunate dan sentiasa menjadi mangsa keadaan.

Eh tak, tulisan aku hari ni tak merujuk kepada sesiapa secara peribadi. Juga tidak merujuk kepada mana-mana kejadian. Jadi, jangan pula sesiapa nak terasa hati. Aku memang tak reti nak pujuk. Cuma, aku rasa luahan ni perlu so, aku tulislah. Kalau kat blog sendiri pun tak boleh mengarut, kat blog sapa lagi? Blog kau boleh? Eh, ada blog ke?

Haishh. Tak guna betol la. Asalnya aku nak buat entry pasal raya, pasal keluar dengan kawan-kawan kat Penang happy-happy, dah jadi serius pulak entry ni. Takpelah, tu tandanya aku ni pun manusia jugak. Hidup atas roda. Turun naik dah tentu.