Lalu, setelah selesai urusan dengan tukang baiki komputer (yang berlangsung dlm masa 2minit je) dan setelah merayau2 selama sejam di kedai yang kita x sebut namanya tu, maka kami pun bertolak untuk mengisi perut di tempat yang di pilih oleh ku.
Sampai pun. Setelah Bapakku menyapa bekas Guru besarku yang kebetulan membeli lauk untuk dibawa pulang, aku pun memilih tempat duduk tepi sekali. Memang itu saja tempat duduk yang ada. Restoran itu agak sesak kerana waktu makan tengahari maka, ramailah orang2 yang kerja berdekatan menjamah selera di situ.
Aku tak pernah menjangkakan yang idea aku untuk makan di situ bakal mencetuskan kegemparan. Menu kami ialah : Nasi beryani 2, Kari ayam, hati dan peparu ayam goreng, acar timun dan minuman masing2 iaitu sirap limau dan teh O ais limau.
Oh! Sedikit pengenalan untuk restoran ini. Restoran ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga untuk menjamah nasi beryani kerana rasanya yang mmg sedap dan memikat. Ia mempunyai 2 cawangan yang terletak di Campbell Street ( Cawangan Utama) dan 1 di Relau yang masih baru dibuka. Yang aku makan ni?? kat Relau je. Dekat sikit nak balik rumah. Sambil memakan juadah2 tersebut, seorang pekerja datang untuk mengira bil. Malas la nak cakap, tu kan memang keja dia. kira punya kira jumlah semuanya adalah RM **.60. Tapi, pekerja tersebut telah menempah maut. Dia xtau ka Bapakku ini bukan sembarangan orang. Sambil menyuap nasi , mata dia tertumpu pada bil tersebut. Aku? Tetap khusyuk menyuap nasi dan tidak merasa apa2 yang salah dengan keadaan itu. Tiba2 Bapakku kelihatan agak tegang wajahnya dan lantas memanggil pekerja tadi, " Hei! Mai sini sat. Betoi ka kira ni?? Kira lagi sekali! " Hah? Aku pulak terkejut. " Dia salah kira ka??" Bapakku diam. Aikk? Salah ke aku tanya? Dipendekkan akal, sebenarnya pekerja tersebut telah tersilap kira atau mungkin juga buat2 silap kira dengan perbezaan RM5. Ya. Lima ringgit duit Bapakku hampir diambil sesia begitu saja. Nak tau apa jadi kat pekerja tadi? Dia dah mula tak keruan sebab: Pertama, Bapakku berteriak dengan agak kuat. Dan memegang bil tersebut sambil berkata " Tengok ni! Dia ni nak ambik duit aku. Dia buat2 salah kira. Dia ingat aku ni bodoh sangat ka?!!
Aku tersentak. Orang dah mula pandang2. Bapakku mmg bengang dengan situasi tersebut. Aku pula macam mana? Perlulah di tegaskan di sini yang waktu itu adalah waktu kemuncak makan tengahari dah keadaan dalam kedai? Memang ramai. Dan aku serba salah sebab aku tau aku tak boleh pura2 macam aku x perasan atau x sedar apa yang jadi. Duh~ Bapakku cuba ditipu di depan mata aku sendiri. Tapi pada masa yang sama, aku cuba untuk tidak membuat kecoh. Ish.. Memang la aku ni x kenang budi. At least back up la kan? Tapi aku hampir2 tak dapat menelan nasi tersebut dan terpaksa menelan sebanyak 2 kali sedutan. Serius lidah rasa berpasir.
Pada masa yang sama aku berharap aku takde kat situ. Sebab aku ni lemah sikit kalo tengok org kena marah. ( Cepat kesian) Tapi salah dia la jugak kan? Sapa soh cuba menipu.
Aha. Aku patut pilih yang terakhir tu tapi..
0 comments:
Post a Comment