Jul 14, 2009

Seorang pemerhati yang memerhati (akulah tu)

Dengan di iringi lagu nyanyian Rod Stewart yang bertajuk I Don’t Want To Talk About It, aku menjadi bersemangat untuk menulis entri ini. Aku tau lagu tersebut agak jiwang di kala ini (sebenarnya aku pun baru sedar lagu ni ada dlm laptop aku, lantas mencipta 1 folder yg bertajuk Lovey Dovey bersama2 dengan lagu2 lain yg agak jiwang juga).

Sabtu (110709) lbh kurang pkl 9.50 pagi, aku dan Bapakku (yg otai itu) memulakan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 4-5jam (tu yg plg lambat) dari Penang to KL. Perasaan aku? Sangatlah gembira. Aku sangat gembira dapat jumpa anak buah aku yang dua orang tu Lya dan Eiman. Confirm la Eiman tu makin nakal. Tapi takpe dia cepat mintak maaf cium tangan orang after buli orang tu. Dan aku juga sedang berkobar-kobar semangatnya untuk mengharungi musim pengajianku buat kali terakhir (Insya Allah kalau di izinkanNya hujung tahun ni grad lah aku. Yeahoo!) Memang saya sangat bersemangat dan gementar untuk memulakan sem baru ni. Aha.

Dalam kereta aku hanya merenung keadaan trafik (Bapakku yang drive).Aku rasa dia masih nervous nak naik keta kalau aku yang drive. Macamlah tak penah naik dengan aku? Sambil sekali-sekala berbual dan bercakap mengenai beberapa isu, aku melihat lebuh raya yang agak lengang. Lengang? Aku tipu. Lebuhraya taklah selengang yang di sangka. Ish, ramai la pulak yang berjalan2 di hari Sabtu. Kenduri banyak kot, ujar aku.

Agaknya Bapakku makan sikit ja pagi tadi, dia cakap dia lapar dan nak berenti di hentian Sg. Juru (memang sekentut ja baru gerak pun, dok dalam Penang lagi tu). Aku tak kisah. Kalau berenti aku makan, kalau tak berenti nanti dia akan berenti gak kat tempat lain. Elok-elok ja turun, aku berlari ke toilet. Oh. Tak perlu tulis rupanya. Dan menyertai Bapakku di meja makan. Aku hanya memesan Nescafe Tarik 1 dan itu je. Malas nak makan, sebelum keluar tadi aku dah melantak roti telur sekeping. Sepatutnya aku pilih tempat yang strategik, tapi apakan daya dia dah pilih kat 1 corner yang dipenuhi mat-mat motor. (konvoi diorang ni). Tah dari mana nak kemana. Takkan aku nak tanya. Asap rokok? Selambe je lah masuk mulut aku. Aku ni perokok sekunder. Rata-rata kat situ lelaki, aku je yang sesat. Sambil menarik muka masam dan menghirup asap rokok mereka, aku tegar meneguk Nescafe Tarik ku. Aku rasa mat-mat motor ni mesti banyak duit. Yelah nak jalan jauh2. Bukan nya naik motor kapcai je (tu mat rempit namanya, beza banyak kasta tu). Pulak tu baju sorang2. Pehh!! Dah macam baju angkasawan tu. Jaket tebal. Pastu ada apetah lagi diorang pakai. Aku pon tak tau nak sebut. Sroottt. Srrroooooootttt. Nescafe aku masih berbaki. Panas wo dan aku memang tegar nak habiskan. Lebih kurang 20 minit, perjalanan diteruskan.

Hujan pulak turun dengan agak lebat. Nasib baik la Bapakku punya spek yang powerful. Dia nampak je apa yang aku tak berapa nampak. Kesian kan? Tau-tau je lah kalau hujan. Jalan memang licin punya lah. Maka aku dapatlah menyaksikan beberapa siri kemalangan. Siri tau. Bukan satu kereta ja yang terlibat. Masa tu aku rasa dah dekat area Bukit Gantang, sambil membetulkan radio yang dah mula hilang2 siarannya, kami tersangkut dalam jam. Eh? Macam balik raya pulak. Kenderaan bergerak seperti siput dan aku mencari2 apakah puncanya. Mesti ada accident ni, kata aku. Gerak punya gerak, jalan punya jalan tetiba Bapakku nampak 1 kereta yang terlibat dalam kenderaan tengah menunggu untuk ditunda. Aik? Tu kan keta Toksu? Oh. Jiran sekampung rupanya. Maka, Bapakku pun memberhentikan keta. Tunggu dalam keta. Takyah kuaq! Lor. Aku baru je nak bukak pintu. Takleh rupanya. Apa-apa je lah. Aku termanggu sendirian. Aku tengok ade la 6 orang dalam kereta tu. 3 dewasa dan 3 kekanak. Borak punya borak, cakap lebih kurang lalu lori penunda pun suruh diorang pegi makan kenduri dulu pastu baru pegi balai. Oh. Diorang nak pegi kenduri kat Ipoh rupanya.Tapi tetiba terlibat dalam 1 insiden langgar- melanggar secara berturut sebanyak 12 biji kereta dan diorang ni keta last sekali. Dan Bapakku yang baik hati (dan Otai itu) mempelawa mereka naik kereta hingga ke tol Jelapang yang boleh tahan dekatnya. Sebab ade sedara mara diorang tunggu situ. Muat ke keta Bapakku? Memang muat. Bapakku baru beli Alphard Mafia kan? Tapi aku hampir tersepit bontot ku.

Setelah menurunkan mereka di tol yang berkenaan, kami meminta diri dulu la.Memandangkan dah pukul brapa da, Bapakku cakap kita stop makan and semayang kat Tapah la. Okey. Makan memang takde masalah. Tapi masalahnya ialah nak semayang. Pusing punya pusing rupanya PLUS tengah repair surau pompuan. Ade surau gantinya tapi jauh mak aii… macam dari rumah aku ke rumah Paktam. Kesian aku tengok makcik2 dan nenek2 tua yang terpaksa berjalan jauh nak gi semayang. Hapa la PLUS ni? Walau pun ni nenek orang lain sian gak la kan? Seb baik bukan Tok aku. Kalau tak memang aku kensel semayang kat sini. Pas semayang dan TIDAK berbedak aku pun gi makan. Rupanya Bapakku dah siap semayang dan tengah tunggu aku yang lembap.Aku tak makan nasik tau. Aku makan Mee Kari. Konon2 nak diet la. Sekali Mee Kari tu minyak de sikit punya banyak. (banyak la tu).

Lalu perjalanan pun diteruskan lagi. Macam lama je kan? Jauh sangat ke Penang – KL? Takde la sejauh Nevada ke New York. Tapi cuaca tak berapa baik sebab hujan lebat dan jalan pulak licin so Bapakku tak dapat memecut Mafianya. Eh? Ada lagi eksiden la. Kali ni aku memanjangkan leher ku sebab nak tengok kot2 ade sesapa yang dikenali terlibat. Mana la tau. Kot2 ada artis mana2 ke, bleh la tumpangkan. Keta banyak kosong kan? Tapi kali ini aku memang tak kenal muka2 mangsa lalu aku hanya memandang dari jauh dan berkata dalam hati “ Kesian. Tapi jgn gelakkan orang. Nnt orang pulak gelakkan kita”. Memang aku tak gelak. Gila apa nak gelak kat orang eksiden?

Erm. Jauh dah perjalanan ni, tak sampai2 lagi ke? Aku dah bosan dok lama2 ni. Dah la Bapakku tak bagi bwk. Katanya dia tak mengantuk. Memang. Aku yang banyak menguap dari dia. Dipendekkan cerita, lebih kurang pkl 4 pm kami pun terjengul kat pintu rumah akak aku. Aik? Budak2 hilang? Oh. Diorang kuar dengan Umi dan Abah rupanya. Mak aku pulak tengah minum Nescafe sambil menonton cerita Hindustan kat TV3. (Kemain dia bila Bapakku takde). Pastu aku pun menyambar remote dan menonton cerita favorite aku dan Mak ku iaitu Halimah Jongang. Ehe. Best tau cita tu. Lagi best dari cita aku ni.
Ada lagi sebenarnya aku nak sambung cita tapi nanti lah…..buat masa sekarang,

HALIMAH JONGANGGGG!!!! (ala-ala Edie Hamid gitu).

0 comments: