Jul 24, 2009

cuba melihat dengan akal






Lewat petang itu, mindaku dipaksa bekerja keras. Selama ni tak ke? Bekerja keras juga. Cuma situasinya berbeza. Jika selama ini aku sering dikelilingi rakan-rakanku yang rata-rata semuanya masih bergelar pelajar undang-undang atau yang sedang menjalani latihan dalam kamar, maka corak perbualan kami masih di dalam bulatan yang sama. Dan cara kami melihat sesuatu isu itu masih di bawah ruang lingkup akal yang selari. Berbeza cuma pendapatnya saja. Namun tidaklah terpesong jauh. Kiranya bau-bau bacang la.


Selama ini aku jarang berbual dengan pakcik (or abang kot?) pemandu teksi. Bukanlah bermakna aku ini memandang rendah kepada mereka. Sumpah. Tidak sama sekali. Cuma aku ni amatlah susah membuka mulut (kecuali tatkala bersama rerakan).Jadi, sudah menjadi tabiat aku untuk mengelamun atau membiarkan minda aku menerawang sambil menikmati kesepian dalam teksi. Tapi kadang-kadang aku pulak terlebih ramah. Contohnya ketika MJ baru meninggal. Penangannya turut dirasa oleh pacik teksi. (mungkin sebab waktu tu radio pulak memutarkan ‘You are not alone’). Sesuai dengan mood memasing.


Lupakan pasal MJ. Dia dah pergi. Kita yang tinggal perlu teruskan hidup. Aish. Aku tak suka bila dah start melalut. Sebenarnya aku nak cakap. Tak semua yang kerja kerani, pemandu teksi, bas itu atau yang kerja tanpa memiliki kelulusan universiti (sijil, diploma, ijazah) itu TIDAK PANDAI. Aku tau hakikat itu. Tapi sejauh mana aku percaya? Bukan apa, pernah aku berbual2 dengan kawan sekolahku yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Dan aku setuju bahawa kami masih boleh berkomunikasi dengan baik namun, ada kalanya skop perbualannya tidak selari dengan topik yang aku utarakan. Tak apa. Tak ada yang salahnya. Tolong jangan salah tafsir aku ya! Persekitaran harian membentuk diri kita jugak kan? Tapi aku memang sayangkan kawan-kawan aku. Dengan sapa pun aku kawan. Janji hati baik. (sebab ada jugak belajar sampai Master tapi mentalitinya? ….alahai).


Berbalik kepada Pakcik teksi. Aku jumpa dia sebab aku dengan seorang sahabat nak pulang ke UIA from W.maju.Ya. Memang aku ni suka merayau kat area tu. Dah xde keta, guna je la pengangkutan awam yang ada kan? Ditakdirkan, pakcik ni memulakan perbualan dengan soalan klise.


“Tahun berapa dik?” Aku menjawab “ Tahun 4”.

Pakcik tu terdiam agak lama. Kemudian dia mula bertanyakan soalan yang aku tak sangka akan terpacul dari mulutnya.
“ Pakcik ada 1 soalan. Dalam Akta Keterangan 1950 ( Evidence Act 1950 la! Jgn buat2 x paham), apakah definisi ‘dokumen’?


Aku terkejut. Eh? Lantas aku jenguk muka dia dari cermin depan, kot2 la lecturer Evidence aku, Dr. Muzaffar tu menyamar jd taxi driver plak ke. Oh. Bukan dia. Aku menarik nafas panjang dan mula menjawab. (aku malas nak menulis jawapan aku di sini). Nyaris-nyaris aku cakap kat pakcik tu, “Pakcik, kalau x pecaya, sekarang saya ada bawak EA 1950. In case pakcik nak proof kan?”. Bukanlah aku ni law-student yg-freak- yet –gorgeous sampai selalu usung statutes ke mana-mana. Kebetulan ja semua ni. Pastu pakcik tu mula cerita pasal dia ni ada masalah berhubung kait dengan harta pusaka tokwan dia. Biasalah tu kata aku. Bapa2 saudaranya yang lain nak challenge the validity of the document yang didakwa telah di tanda tangani oleh his late tokwan. Dia siap recommend buku untuk aku baca tau! Ok la. Aku mengaku. Aku agak kagum dengan pakcik ni. Dia siap cite 1 decided case lagi untuk support argument dia though, de tak ingat nama case tu. Tapi effort tetap ada. Tu yang penting.


Aku agak pening ketika itu. Dan mungkin juga aku belum bersedia nak berhujah dengan dia. Waktu agak tak sesuai bagi aku. Ish. Camna nak jadi lawyer nih? Macam- macam lagi dia borak dengan aku dan Intan sepanjang perjalanan tu. Tapi ayat dia yang aku paling tak boleh lupa ialah (lebih kurang camni bunyinya) “ adik, adik kena banyak baca tau. Baru boleh berhujah dengan baik”.


Aduh! Pening……


p/s: Rupanya aku ni masih dalam kategori kurang membaca ke?
Pedih..pedih..


Aku tetap kagum dengan pakcik tu sebab sebelum aku keluar dari teksi, aku nampak ada 1 buku bertajuk PANDUAN MEMPELAJARI BAHASA INGGERIS terselit kat tempat duduk depan. Ok. Patutlah.

0 comments: