Dec 18, 2009

Semua pun dah klise, maka aku pun jadi klise jugak.

Berbaloi rupanya di kejutkan pukul 5.30 petang kala hujan lebat.
Seriously, tidur petang terutamanya sewaktu hujan lebat dan kilat sabung-menyabung sangatlah nyaman. Sungguhpun begitu, saya tidaklah ralat apabila dikejutkan oleh ayah saya.

“Atun, bangun! Tengok bola”
“Ok!” (senang gila kalau nak dibandingkan dengan waktu subuh).

Tidak ralat sebab after 20 years, Malaysia menang (finally). Oh! Semua pun tau Malaysia (1) Vietnam (0).
Boooooo boooo..Jarang dapat peluang belagak cam ni.

Juga agak bermakna apabila saya melupakan niat untuk berayap-rayap petang tadi semata untuk bola. Adakah ini bermakna saya seorang penggemar bolasepak? Tidak juga. Cuma hey bukan selalu la Mesia masuk final bola so jangan tipula kalau ko cakap ko tak teruja sikit pon. Walaupun ada yang teruja nak tengok budak2 kembar tu tapi heh peliss I tak layan budak ok!

Dan tempoh perlawanan 90 minit lebih tu banyak menyedarkan bahawa saya tidak selalunya betul (memang BUKAN SELALU). Bukan sebab tak percaya dengan kemampuan pasukan Malaysia tapi orang kata, jangan berharap lebih-lebih sangat, nanti kecewanya macam orang mati laki pastu sakit hati dok dalam bilik tak kuar2. (Oh. Tu gaya orang putus cinta kan?).

So now they beat Vietnam and become everybody’s favorite hero? Sangat cliché. Sangat sedih sebenarnya sebab kita cuma bangga dengan kekuatan pasukan sendiri SELEPAS menang. Kalau kalah, maka berbakullah sumpahan, makian, cacian,seranahan yang di campakkan ke muka pemain-pengurus-coach siap ada yang cakap sesia je buang duit hantar training bagai.

Tapi terlanjur cakap, our team menang juga akhirnya. DAN tiada istilah menang sipi, menang tipis, menang kesian atau menang mengejut. Pokok pangkalnya, Malaysia tetap menang. Itu dah memang adat perlawanan. Kalau 1 team menang, 1 lagi mesti kalah. Kalau tadi dua-dua seri tanpa gol sekalipun, tetap akan ada sepakan penalty untuk tentukan pemenang sebab SOMEBODY’S GOT TO WIN!!! Tak boleh dua-dua kalah!. FAHAM?!! (Dah emo tetiba, tak pasal..)

Dan, sila prepare atau bersedia sebab lepas ni, semua orang pon worship bola sepak, semua pun nak bagi ganjaran yang dahsyat mak datuk kat player, coach pun di sanjung tinggi sebab berjaya menaikkan martabat bolasepak negara. Silap-silap dapat Dato’ship lagi pas ni. Dan semua pun tiba-tiba jadi patriotik lebih. Kalau tak sebelum ni, jangan harap nak tengok bola, sokong apatah lagi. (sila terasa sekarang)

Ini bukan perkara biasa bila Malaysia menang bola. OK! Sekarang kita memang ada alasan yang kukuh untuk berlagak dan celebrate besar-besaran. Yeayy!!

Dan ini juga bukan perkara biasa bila kita melonggokkan ganjaran yang mewah,hebat ke muka atlit-atlit tiap kali menang mana-mana kejohanan besar. Tapi cuba kita tengok balik, masa Hafiz menang All England, apa jadi kat dia pas tu? Lee Chong Wei pun siap dapat Datok lagi tapi takpalah. Sendiri mau ingat lah.

Eh. Don’t get me wrong. Tak salah kita nak bagi hadiah kat player atas segala usaha dan penat lelah menaikkan martabat bolasepak dan bertungkus lumus pergi Laos-balik Mesia ubat mata-pegi Laos balik. Penat tau. Kita patut bagi penghargaan. Setidaknya, usaha mereka terbayar jugak. At least, diorang menang jugak untuk negara. Yang kita ni buat apa je?

Cuma janganlah semua ni, hangat-hangat taik ayam (HHTA)je. (betulkah penggunaan ni?)

Kepada atlit-coach-pengurus pasukan : Jangan la semangat nak berjuang untuk Negara tu HHTA je. Bila dah dijanjikan ganjaran bagai baru nak main bermati-matian. Apa, ko main sebab negara ke main untuk Datukship? Kalau tak dapat Dato, duit ribu-riban tu, ko takleh main la?

Kepada penyokong-peminat sukan tanah air: Nak sokong tu biarlah konsisten. Jangan sebab bila nampak nak menang baru sokong. Pilih kasih tol! Dan jangan la sokong semata-mata ada player yang agak nice di mata kamu. Camtu punya gaya, baik ko layan CLEO Most Eligible Bachelor. Sumpah lagi best dan hot.

Kepada badan-institusi Diraja yang berkaitan: Kalau dah janji nak bagi ganjaran tu, sila tunaikan janji anda ya? Dan kalau boleh, bagi la ganjaran yang berpatutan. Takkan semua pon nak dapat Datuk kot? Bosan lah player yang muda belia pon kena panggil Datuk. Cam tak sesuai je. Unless dia ada misai/kumis tebal.

Mmm..tu je la kot. Idea wa dah kering dan wa nak stop lu. Asal wa tiba-tiba cakap rempit ni? Oh demmit..

3 comments:

Niza Dekja said...

ya.. ulasan dan cara berfikir yang bagos d sini.. saya sukung!

atun @ art said...

tq tq..sila sokong lg... haha
kalo nak suarakan pendapat sniri lagi best...

fadzli said...

saya setuju dgn apa yg atun suarakn. disini sy harapkn ahli sukan kita xkira bola ke,rugby ke,pemanah ke,ape² jela,jgn mudah putus asa.yg penting semangat utk melangkah ke hadapan/maju ke depan/ lonjakan paradigma itu perlu ada supaya sukan di negara kita setaraf dgn negara² lain.
ape² jela...