Feb 19, 2009

i want u all over me


Tahun 2009 ini, saya telah kehabisan perfume. Setelah sekian lama perfume Heiress by Paris Hilton menjadi semburan harian saya. Akhirnya tiba juga detik2 yang ditunggu setelah semburan terakhir hanya mengeluarkan bunyi..pssssttt…psst.. Tiada aroma wangi yang keluar. Angin je lebih. Maka botol tue pun diwartakan sebagai warisan kesenian saya di bilik tidur.

Errmm.. macam mana ya? Boleh ka hidup tanpa perfume? Mungkin boleh (sebab saya tidak mempunyai masalah bau badan) tapi, still rasa tak selamat. Kan? Risau busuk. Deodorant? Its for underarms only. So, setelah tiada pilihan dan untuk selamat, saya kembali mengenakan pewangi BodyShop Rougeberry saya. Haruman tersebut adalah hadiah hari jadi saya 2 tahun lalu. Saya suka bau tu tapi ianya mengingatkan kembali beberapa memori yang tak beberapa best. *sigh… tapi disebabkan terdesak, saya belasah je laa.

But, still tak puas hati kan? Sungguh saya memang appreciate hadiah tu tapi memori tersebut tidak best untuk dikenang. Membangkitkan sebuah feeling yang… HAISHH!!! Tak best la kesimpulannya. Plus, saya telah menghidu satu haruman yang amatlah ME… iaitu perfume L by LAMB (Gwen Stefanie). Dan owh! Bau nya memang tersangatlah harum, irresistible, incredible, fabulous and just soo …its TOTALLY ME la… tapi?? The problem is, as usual…
RM..RM..RM..RM..

Namun, pada hari beli-belah di SOGO bersama Cikzarazul, saya telah melawat kaunter LAMB for a million times. Kali ni apa nak jadi pun jadila. Lalu, setelah menarik nafas panjang dan yakin dengan pilihan yang telah dipersetujui oleh Cikzarazul + bengang dengan *bapok ayam yang jaga kaunter tu, saya telah menyambar haruman tersebut dari tangan bapok tersebut. Yes! Yes!
Kini saya rasa saya kembali wangi dan sudah tidak menghiraukan haruman BodyShop tersebut..(
say Goodbye to that old memories…)

* Saya bukanlah anti-bapok, pondan or whatsoever tapi bapok yang terlibat sangat menjengkelkan hati saya dan wajar di carut. Tapi saya tahan kan hati saya ini.

0 comments: